For Advanced Funtional Food and Drink, for Energy,Beauty & Healthiness

Sunday, October 24, 2010

ECPI, Makna Bersama Perangi Kanser-BERNAMA

ECPI, Makna bersama perangi kanser

23/10/2010 5:29pm

KUALA LUMPUR – Gesundheit Laboratories and Pharmaceutical Sdn Bhd, pengeluar air minuman ECPI, hari ini menjalin pakatan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan Majlis Kanser Nasional (Makna) untuk memerangi kanser.

Pengasasnya, Prof Emeritus Sir Dr Amir Hamzah berkata, pakatan itu melibatkan penajaan dalam bentuk wang, program kesedaran kanser, penjenamaan dan peluang pengiklanan bernilai RM668,000.

"Kerjasama dengan Makna ini hanyalah langkah pertama ke arah lebih banyak kerjasama dengan pertubuhan kesihatan lain di negara ini, yang tidak bertujuan mencari keuntungan,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani memorandum persefahaman (MOU) berhubung kerjasama berkenaan dengan Makna di sini hari ini.

Dr Amir berkata melalui produk yang menggunakan label ECPI, syarikat itu akan membantu Makna dengan menyumbangkan separuh daripada ruang pada papan iklannya di tujuh lokasi di seluruh negara untuk menyiarkan mesejnya dan membiayai semua kos penganjuran Program Kesedaran Kanser Makna di lima negeri.

"Di samping itu, Gesundheit juga bersetuju mencetak alamat laman web Makna pada label semua botol air ECPI yang diedarkan di seluruh Malaysia bagi tempoh setahun,” katanya ambil menambah bahawa Majlis Perubatan Elektronik, yang merupakan satu bahagian dalam syarikat itu, akan membantu Makna dengan memberi rawatan percuma bagi sebarang kes kanser yang dirujuk kepadanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment